ManisGlobal Sdn Bhd

HUBUNGI KAMI : +6017-3780687

Associate blog:
http://www.powerfacebook.blog.com/
http://rajanusantara.blog.com

Wednesday, December 15, 2010

SITUASI GULA DI MALAYSIA

JULAI 2010
----------
KERAJAAN mengumumkan kenaikan harga gula 25 sen kepada RM1.90 sekilogram bermula Jumaat lalu. Ia pasti mengundang reaksi pelbagai pihak terutama peniaga. Tahukah anda kini lebih daripada 1.3 juta penghidap kencing manis di Malaysia? Malah Malaysia juga mempunyai pesakit diabetes keempat tertinggi di Asia. Ia satu angka yang menakutkan jika dibiar berterusan. Jika dikaitkan dengan statistik itu, wajar kerajaan mengurangkan subsidi gula yang menyebabkan kebanyakan rakyat mengalami masalah kesihatan. Mungkin ini mengurangkan kadar pengambilan gula rakyat.
Menurut Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP), Malaysia adalah pengguna gula kelapan tertinggi di dunia. Pengambilan gula berlebihan dalam kehidupan seharian antara punca utama pelbagai penyakit. Bukan itu saja, gula juga dikaitkan dengan 60 jenis penyakit yang ada di dunia ketika ini.
Antaranya diabetes, penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, kanser ovari, asma, barah gastrik, sawan dan banyak lagi. Kandungan gula yang tinggi dalam pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia mati secara perlahan lahan.
Lebih menakutkan kebanyakan daripada kita tidak mengetahui berapa banyak gula yang diambil setiap hari. Contohnya, berdasarkan data CAP, kandungan gula dalam kordial sirap ros mencecah 200 sudu teh gula. Bayangkan minuman itu diberikan kepada anak kita.
Masalah kegemukan dan obesiti di Malaysia kini mencecah 54 peratus daripada penduduk dewasa. Antara penyebabnya ialah pengambilan gula berlebihan. Jika di negara jiran, gula dijual pada harga tinggi sehingga RM2.50 sekilogram. Hasilnya jumlah pengambilan gula berjaya dikurangkan kerana gula barang yang mahal dan tidak mampu dibeli dalam kuantiti yang banyak.

BEKALAN GULA DI MALAYSIA
------------------------
BEKALAN gula di Malaysia mencukupi kerana Kerajaan mengambil langkah bagi memastikan 70% gula mentah dijamin bekalannya pada harga yang dipersetujui melalui LTC dan hanya 30% gula mentah perlu dibeli dari pasaran bebas. Bagi tahun 2009, penggunaan gula negara adalah 1.2 juta tan metrik setahun. Ini bermaksud kenaikan harga gula dunia tidak mengganggu bekalan gula domestik kerana 70% bekalan telah terjamin.
HARGA GULA DI NEGARA JIRAN
--------------------------
Singapura: RM3.13/kg
Filipina : RM2.85/kg
Thailand : RM2.31/kg
Indonesia: RM2.62 – 2.79/kg
Sumber : MITI (Julai 2009)
SITUASI GULA DI MALAYSIA
------------------------
(MAC 2010) – Kerajaan membazirkan RM1 bilion setiap tahun kerana terpaksa memberikan subsidi bagi menampung penggunaan 1.2 juta tan metrik gula kepada rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, penggunaan gula yang banyak bukan sahaja tidak memberi faedah malah ia mencetuskan pembaziran dan masalah kesihatan di kalangan rakyat.
“Setiap rakyat membazirkan RM5,400 setahun kerana gula yang digunakan tidak memberi apa-apa faedah kepada tubuh badan malahan ia menyebabkan masalah kegemukan serta obesiti. “Pada masa ini, 60 peratus daripada mereka yang berusia 18 tahun berhadapan dengan masalah tersebut.
“Penggunaan gula di kalangan orang dewasa di negara ini adalah 100 gram setiap hari iaitu 51 gram gula pasir, 30 gram susu dan 21 gram pemanis lain dan melebihi kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.
i. Jumlah pengambilan gula oleh rakyat Malaysia (Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002 / 2003 - Kementerian Kesihatan Malaysia)
Gula pasir : 21 gram ( 4 sudu teh)
Susu pekat manis : 30 gram (kandungan gula bersamaan 3 sudu teh)
Jumlah : 7 sudu teh tidak termasuk gula tersembunyi dalam makanan
ii. Saranan World Health Organization (WHO) - pengambilan gula tidak melebihi 10 sudu teh sehari termasuk gula tersembunyi dalam makanan.
iii. Borang Imbangan Makanan bagi Malaysia menunjukkan peningkatan penggunaan gula per kapita di dalam Malaysia daripada 86 gram sehari pada tahun 1985 kepada 104 gram sehari pada tahun 2002. (Sumber: Food and Agriculture Organization of the United Nations, 2008).
iv. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), penggunaan sebenar gula oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 27 sudu teh sehari.

No comments:

Post a Comment