Secara amnya, penyakit diabetes( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.
Dalam penyakit diabetes( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.
Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.
Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.
Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.
Bagai mana kencing manis boleh terbentuk
Penyakit kencing manis atau yang biasa kita kenal dengan sebutan Diabetes Mellitus (DM) pada dasarnya merupakan penyakit kelainan metabolisme yang disebabkan menurunnya produksi hormon insulin yang dihasilkan kelenjar pankreas. Kondisi tersebut mengakibatkan seluruh gula (dalam bentuk glukosa) yang dikonsumsi tubuh tidak dapat diproses secara sempurna, sehingga kadar gula dalam darah akan meningkat.
Gula yang meliputi polisakarida, oligosakarida, disakarida, dan monosakarida merupakan sumber tenaga yang akan menunjang seluruh aktivitas manusia. Seluruh gula ini akan diproses menjadi tenaga dengan adanya hormon insulin tersebut.
Gejala yang akan dialami para penderita DM biasanya lesu, kurang tenaga, selalu merasa haus, sering buang air kecil (dalam semalam bisa mencapai 8x), luka mudah terinfeksi dan menjadi gangren (borok), serta penglihatan menjadi kabur. Apabila kadar gula terlalu tinggi, akan terjadi 'ateroma' sebagai penyebab awal penyakit jantung koroner.
Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa.Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.
Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.
Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2.Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
Pemakanan yang sesuai untuk diabetes
Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.
- Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.
- Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil.
- Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
- Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.
- Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
- Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
- Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana
alkohol akan mengubah paras glukosa darah.
Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.
Cara-cara untuk jauh dari kencing manis
Langkah pencegahan
Makan makanan berkhasiat, elakkan makanan berlemak / gula
- Pilihlah kombinasi makanan yang mengandungi tenaga
- Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda
- Bersenam selalu untuk membakar lemak dalam badan dan memperbaiki edaran darah
- Jaga kebersihan kulit dan kaki serta gigi anda
§ Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
- Sering dahaga dan sering perlu minum air.
- Sering ketandas.
- Terasa badan lemah.
- Berat badan turun dengan cepat
- Penglihatan semakin kabur.
- Terasa pening kepala.
- Sering dahaga dan sering perlu minum air.
- Sering ketandas.
- Terasa badan lemah.
- Berat badan turun dengan cepat
- Penglihatan semakin kabur.
- Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
No comments:
Post a Comment